Thursday, February 02, 2006

Blog Under Maintenance !!!!!



Assalammualaikum kepada semua pengunjung blog supershare. terima kasih kerana sudi meluangkan waktu melawat blog supershare.Aku terpaksa menghentikan sementara operasi blog buat beberapa waktu. Ada sedikit kecelakaan yang menimpa blog supershare ini.Agak malang bagi aku bila perkara ini terjadi dan lebih menduka citakan semua link2 telah hilang.Sebenarnya keseluruhan blog hancur. Aku telah membetulkan serba sedikit.Aku akan cuba membetulkan apa yang patut lagi,dan sementara kerja² maintenance di lakukan aku kira korang tidak akan kekeringan sumber media jadi sedutlah di mana2 yang boleh dulu. Blog ini hanya serpihan dari ratusan blog,torrent,website,group,irc,p2p dan banyak lagi yang bermurah hati berkongsi media. Perkongsian di alam cyber tidak akan berhenti. Insyaallah dalam masa terdekat ini semua nya akan selesai dan blog ini akan beroperasi seperti biasa. Untuk pengetahuan semua pengunjung, dengar2nya blog ini telah di intai oleh segelintir blogger yang busuk hati serta busuk badan dan sangat2 tidak berpuas hati akan kewujudan blog ini.Korang semua dapat lihat terdapat 2,3 orang yang menjerit di shoutbox dengan nick yg terlampau beserta kata2 kesat, mungkin mereka2 inilah penyebab blog ini di timpa kecelakaan. Blogger berkenaan mungkin telah melancarkan serangan terhadap blog ini.Mungkin juga penggodam2 terdiri dari rakan2 blogger berkenaan.Segalanya mungkin dan aku cukup2 gelihati dengan tindak tanduk orang yg berasa gah diri berkenaan. Kita tunggu saje,apa komen dan apa tindakan seterusnya.aauuuwwww!!

sekian.

supershare.